Why Tupperware

Apakah yang menjadikan Tupperware Brands mudah dikenali?

 Mengapa jenama Tupperware berjaya melakukan dengan baik di Malaysia, Singapura & Brunei dan global ketika ekonomi dunia dalam keadaan buruk? Selama lebih dari 50 tahun kami telah membangunkan Winning and Enduring Brand ( jenama yang menang dan abadi ) yang telah memberikan kami pelanggan yang setia di luar jangkaan. Pelanggan kami tidak hanya setia, mereka adalah peminat yang ghairah ! Jika anda hadir ke mana-mana acara pelancaran produk baru jenama Tupperware, anda pasti mendengar teriakan tenaga jualan dan pelanggan seperti teriakan peminat untuk bintang rock kegemaran mereka ! Bahkan, setiap kali anda m,enyebut Tupperware Brands kepada sesiapa pun, kemungkinan dia akan membalas dengan sangat positif  "Oh, Tupperware...!" ataupun "WOWww!!". Apa yang membuatkan jenama Tupperware menjadi sangat dikenali?

1. Janji jenama kami
Kami mengambil janji jenama kami dengan sangat serius - ianya seperti "janji suci". Visisyarikat kami adalah untuk menjadi penjual secara langsung utama peringkat global bagi produk premium yang berinovatif. Menyediakan pelanggan kami produk berkualiti tertinggi dan tahap keselamatan tertinggi yang mampu diberikan. Kami amat komited pada janji ini, barangkali ia jaminan seumur hidup. Itu sebabnya pelanggan kami mempercayai jenama kami.
Semua yang kami lakukan sebagai satu syarikat adalah untuk meningkatkan janji itu. Baik dari pereka bentuk produk, jurutera, ahli ekonomi rumahtangga dan jurutera kami, sehingga pemasar tempatan kami, kakitangan jualan dan pengedar, semua bekerja untuk meningkatkan janji untuk pelanggan kami.


2. Jenama Kami Meningkatkan Gaya Hidup

Walaubagaimanapun, bukan hanya produk berkualiti tinggi yang kami pasarkan. Jenama kami berdiri untuk pelbagai ciri termasuk :

  • Keselamatan - sangat selamat sehingga salah satu produk kami telah dihantar ke ruang angkasa untuk misi 10 hari ke Stesen Angkasa Antarabangsa !
  • Daya tahan - botol Eco kami, contohnya, menggantikan keperluan botol mineral pakai buang dan menyelamatkan persekitaran.
  • Penyelesaian Cara Hidup Mudah - jenama kami yang kaya dengan warisan memberikan manfaat yang memenuhi dan melebihi harapan pelanggan dengan membuat hidup mereka lebih efisien dan menyenangkan. Namun kami sentiasa membuat perubahan agar produk kami kekal memenuhi keperluan pelanggan.
3. Pengiktirafan & Penghargaan Jenama

Menjaga janji jenama telah membolehkan kami menerima pelbagai anugerah di peringkat antarabangsa. Pada tahun 2009, Tupperware telah diberikan anugerah Red Dot "Best of the Best" ( Terbaik di antara yang Terbaik ) untuk produk Allegra Serving dan juga anugerah "The Red Dot Best Design Team of the Year" ( Red Dot Kumpulan Pereka Terbaik bagi Tahun ini ).
Awal tahun ini di Malaysia kami dianugerahkan anugerah Brand Laureate ( Kepujian Jenama ) bagi jenama Produk Terbaik bagi kategori : Bekas Simpan Makanan.

4. Pengalaman Jenama Kami

Penghargaan tersebut menjadikan saksi akan pengalaman yang sangat positif antara pengguna dengan jenama kami. Pengalaman pengguna berkisar dari rasional kepada emosional. Selama bertahun-tahun ramai yang telah melihat kami sebagai jenama yang dipercayai, selamat dan boleh diharap. Masih ramai yang merasa gembira pabila mereka memiliki produk jenama Tupperware. Masih ada yang merasa bangga ketika bergerak dan membawa produk jenama Tupperware. Dan dalam beberapa tahun ini, ramai yang menjadikan Tupperware rakan kongsi dengan peluang pendapatan yang bermakna. Saat ini, malahan penulis blog juga memberi tinjauan yang tak kurang hebatnya tentang jenama kami !

5. Jualan & Pelanggan Kami

Dalam bebrapa tahun ini, kami telah melabur di dalam pelbagai bentuk aktiviti komunikasi dan media yang membantu meningkatkan kesedaran jenama kami dan liputan. Dari jaminan hingga pembuingkusan, acara syarikat dan hubungan masyarakat, kami memastikan kita menyampaikan nilai-nilai dan keperibadian jenama kami secara konsisten. Kami juga telah mengambil langkah-langkah untuk meningkatkan  semua pusat perniagaan dan pusat utama untuk memastikan lokasi fizikal kita mencerminkan keseragaman dan merasa konsisten dengan imej jenama kami.

6. Anda, Duta Tupperware Brands

Namun, mungkin pengalaman yang paling berkesan bagi setiap pelanggan akan jenama kami datangnya dari interaksi mereka dengan anda, tenaga jurujual kami. Pengalaman bersama jenama kami berasal dari bagaimana anda menunjukkan dan menjelaskan kepada mereka ciri-ciri unik produk dan manfaatnya, dan bagaimana anda menangani pertanyaan mereka berkenaan perkhidmatan yang disediakan. Pengalaman itu setiap hari, di mana-mana di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei akan menjadi reputasi dan citra kami. Jadi, mari bersama-sama, membina warisan kita.  
  1. Produk yang mudah didemonstrasikan
  2. Produk dipromosikan dalam persekitaran yang mesra
  3. Mewujudkan keinginan untuk membeli
  4. Tentukan tarikh parti berikutnya
  5. Taja ahli baru pada parti
  6. Memberi hadiah menarik
Di mana saya boleh mendapatkan prospek?

Ahli keluarga saya
  • Mertua
  • Sepupu
  • Rakan-rakan suami/isteri
  • Bapa saudara
  • Ibu saudara
  • Saudara mara
Kehidupan sosial saya
  • Rakan-rakan
  • Ahli-ahli kelab
  • Peserta seminar
  • Rakan waktu rehat
  • Rakan gimnasium
  • Rakan melancong
  • Rakan-rakan sekolah
Orang-orang yang saya kenal
  • Doktor gigi
  • Ejen hartanah
  • Ejen insurans
  • Pendandan rambut
  • Juruteknik
  • Kakitangan bank
  • Tukang jahit
  • Guru-guru
  • Pengasuh
Orang-orang lain yang:
  • Ingin mencari pendapatan sampingan
  • Baru dibuang kerja
  • Mencari peluang perniagaan
  • Pekerja separuh masa
  • Ibu bapa kepada rakan anak-anak
  • Bosan dengan kerja sedia ada