FAQ

Q : Di manakah saya boleh mendapatkan katalog bulanan Tupperware?
A : Anda boleh membelinya di mana-mana Business Centre Tupperware yang berhampiran anda dengan harga senaskhah RM0.80. Atau 10 keping dengan harga RM5.00.

Q : Saya tidak berminat dengan perniagaan MLM tetapi saya amat mencintai barangan Tupperware. Bolehkah saya mendaftar sebagai ahli hanya untuk kegunaan sendiri?
A : Ya. Anda digalakkan untuk mendaftar menjadi ahli walaupun ianya hanya sekadar untuk kegunaan sendiri bagi menikmati harga istimewa dari Tupperware.

Q : Bagaimanakah jika saya berminat untuk menjadi ahli Tupperware?
A : Anda mestilah menghubungi kami untuk menyatakan butir peribadi anda untuk dimasukkan ke dalam sistem pendaftaran. Yuran pendaftaran ialah RM60.

Q : Apakah yang saya akan dapat apabila saya telah join bisnes Tupperware ini?
A : Anda akan diberi kitbag yang bernilai RM70. Di dalam kitbag tersebut disertakan 3 biji Tupperware iaitu ModularMate Oval (1) dan ModularMates Round II (2) beserta voucher-voucher istimewa. Voucher tersebut hanya sah untuk tempoh 2 bulan selepas pendaftaran.

Q : Bagaimanakah cara pembayaran untuk yuran pendaftaran tersebut?
A : Anda perlu membuat pembayaran ke dalam akaun kami seperti berikut :
     1. Maybank 1627 4004 0593
     2. CiMB 0802-1267230-52-8
    atas nama Siti Khadijah binti Mohd Nasir.

Q : Bilakah saya boleh mendapatkan no ID untuk membuat pembelian seterusnya?
A : Id anda akan diberi setelah anda selesai membuat pembayaran dan maklumat diri anda telah di kemaskini. Walau bagaimana pun, kad kuasa anda akan diserahkan sekurang-kurangnya dalam tempoh 2 minggu setelah pendaftaran dilakukan melalui pos.

Q : Berapakah komisyen yang akan saya perolehi setelah saya bergelar ahli?
A : Anda akan diberi komisyen berbentuk potongan harga sebanyak 20% bagi semua jenis barangan dalam Tupperware Brands.

Q : Adakah saya perlu membuat pembelian tetap setiap bulan?
A : Pembelian tetap hanya dikira dalam masa setahun,iaitu anda perlu mempunyai pembelian terkumpul sebanyak RM500. Jika gagal berbuat demikian, nombor ahli anda akan luput.

Q : Adakah terdapat komisyen-komisyen lain selain 20% less seperti dinyatakan di atas?
A : Ya. Anda akan mula mendapat komisyen berbentuk overide setelah anda mempunyai sekurang-kurang 2 ahli berada di bawah anda. Komisyen ini akan dibayar oleh HQ Tupperware Brands setiap bulan.

Q : Jika saya telah mendaftarkan 2 nama ahli baru di bawah saya, adakah komisyen saya akan bertambah?
A : Setelah anda menaja 2 rakan di bawah anda, komisyen anda akan menjadi 25% untuk setiap belian barangan Tupperware.

Q : Bagaimanakah kiraannya jika saya ingin mendapatkan komisyen daripada HQ tersebut?
A : Anda dan kumpulan anda mesti mempunyai belian minima RM500 untuk bulan tersebut. Jika tidak mencapai amaun tersebut, anda selaku upline untuk kumpulan anda mesti mempunyai pembelian RM500 untuk melayakkan anda menerima overiding dari setiap belian orang di bawah (downline) anda.

Q : Dimanakah saya dapat melihat setiap jualan yang saya telah lakukan dalam bulan tersebut?
A : Anda boleh mula melayari laman web kami iaitu http://www.twbiznet.com.my dengan memasukkan usernama dengan menggunakan nombor ID anda.

Q : Di manakah saya boleh membuat pembelian ini?
A : Anda boleh melakukan pembelian ini di mana-mana sahaja Business Centre Tupperware yang sah.

Q : Adakah saya perlu menghadiri seminar-seminar bagi memantapkan jualan saya?
A : Ya. Jika anda ingin melihat keuntungan-keuntungan yang bakal anda perolehi, anda digalakkan untuk menyertai assembly kami di Tupperware Kota Damansara.Di sini anda akan diterangkan dengan lebih jelas lagi tentang plan pemasaran, komisyen dan pangkat anda di dalam Business ini.Assembly ini hanya dilakukan pada setiap hari sabtu. Tarikh,masa dan agendanya akan di emelkan pada anda selewat-lewatnya 2 hari sebelum tarikh tersebut.

Q : Apakah yang perlu saya lakukan untuk mendapatkan satu kumpulan yang mantap?
A : Anda di nasihatkan supaya mengikut jejak langkah upline anda. Duplicate cara kerja upline anda. Cari rekrut sebanyak mungkin kerana rekrut-rekrut inilah yang akan membuatkan anda berjaya.

Q : Jika saya tidak berjaya mendapatkan ahli di bawah saya, apakah yang terjadi dengan keahlian saya?
A : Ia tidak menjejaskan keahlian anda.

Q : Terima kasih.
A : Sama-sama kasih. Semoga berjaya.