Tuesday, April 19, 2011

Bagaimana mahu memilih perniagaan yang tepat..!!

Soalan yang sering timbul kepada kita, Bagaimana nak memilih sesuatu perniagaan MLM atau networking yang baik?

Dari dulu sampai sekarang saya perlu menapis setiap pelawaan sahabat2 kita bila mereka mengajak saya kedalam perniagaan mereka. Bukan tak mahu buat tapi terlalu banyak yang mempelawa, tak tahu nak buat mana satu.

Jadi selama ini saya tapis satu persatu, boleh dikatakkan semuanya tak lepas penapis saya ni, mungkin penapis ini terlalu rapat kut.

Pertama: Nak memulakan sesuatu perniagaan itu, saya rasa, janganlah modalnya terlalu besar, sehingga ramai orang yang tidak mampu menyertainya. Kalau bawah seratus ringgit tu, rasanya ok, kalau lebih tu, besar rasa ya...
Sebab kalau perniagaan itu besar modalnya, ada kemungkinan untung besar dan juga ada kemungkinan rugi besar. Biasanya kalau perniagaan tersebut modalnya kecil, maka kemungkinan untung kecil, rugi pun kecil.
MLM atau network pula, ada berbagai jenis, satu, yang bermula dengan modal besar, maintain pun besar, dan berkemungkinan untung besar (1%) dan rugi pun besar (99%)

dan satu lagi yang paling saya jaga dan nanti nantikan kemunculannya, sebab ia jarang2 sekali muncul, modal kecil, maintain kecil, resiko kecil tetapi market sangat besar, maka ia berkemungkinan rugi sedikit tapi untung mungkin sangat besar.

Kedua: Selepas saya memahami mengenai perniagaan MLM atau networking tersebut, saya akan tengok samada, jika saya join, adakah saya berniat nak sponsor ibu, anak dan isteri saya terlebih dahulu. Jika ia, saya tahu perniagaan tesebut adalah perniagaan yang pada dasarnya adalah baik. Kalau tidak, itu petanda perniagaan tersebut tidak baik bagi saya. Sebab apa, kalau kita beri kebaikan pada orang, duit mudah untuk datang kepada kita, tapi kalau kita beri keburukan pada orang, duit lari daripada kita.
Contohnya, kita join satu perniagaan MLM lah katakan, ceritanya semuanya baik-baik belaka, nak join perlu bayar RM500 lah katakan, maintain setiap bulan RM300, kita pun join, sebab dengar berbagai kebaikkan dari segi produknya. Lepas itu, soalan seterusnya, nak tak kita sponsor anak kita, isteri kita, ibubapa kita, kan katanya produk tersebut banyak kebaikkan, kalau tak nak, sebenarnya kita tahu yang produk dan perniagaan ini hanya baik dari kata2, tetapi tak baik dari segi hakikat. Kalau betul2 baik dah tentu tentu kita nak ahli keluarga kita dulu mendapat kebaikkan. Tapi tidak, kita tak buat, pasal kalau kita sponsor kesemua anak2 kita, isteri kita, ibu bapa kita, adik beradik kita, confirm bukan kebaikkan yang dapat, bala yang sampai. He he he

Jika perniagaan itu tidak baik, maka berapa banyak sekali pun perniagaan MLM atau networking yang anda sertai, hampir mustahil untuk kita berjaya.

Tak percaya tanya sahabat2 kita yang dah berjuta-juta join perniagaan MLM atau bisnes networking ni. Ada tak mana2 satu dari berjuta perniagaan yang pernah mereka sertai, balik2 rumah terus suruh anak-anak, isteri, ibu-bapa, adik beradik, untuk join perniagaan tersebut. Jawapannya, dalam berjuta2 perniagaan tersebut, satu pun hampir tiada.

Itulah salah satu perkara kenapa ramai diantara kita, sudah perpuluh perniagaan MLM yang disertai, tapi satu pun tak menjadi, cerita melangit tinggi, punyalah bagus perniagaan tersebut, tapi kesudahnya dia sendiri yang tidak mengusahakannya lagi.

Selang beberapa ketika, dia buat satu lagi perniagaan MLM, tak sampai setahun, bila kita jumpa dan bersembang dengan dia, laaaa dah buat bisnes lain pulak dah. Yang lama apa cerita..... maka dia akan menjawab seribu satu alasan untuk seseorang yang sentiasa mundur... company MLM tu tak bagus la, upline tak bagus la, produk susah nak jual la, downline pemalas la, tak mahu bergerak sendiri la..la la la la la .. macam2 ala la lasan, aduuuuuuh, mana satu yang salah diri sendiri pun tak lahu la.... semua orang salah... la la la

Berbalik pada perniagaan MLM yang saya duk tapis-tapis tu. Dalam banyak2 yang saya tapis maka terlepaslah satu perniagaan ala-ala MLM       TUPPERWARE BRANDS...

No comments:

Post a Comment